Tuesday, December 28, 2010

aku yang semakin mengembang...

arini tetiba risau dengan keadaanku yang semakin mengembang..semuanya gara2 mak aku yang xhabis2 membebel suh aku diet..lebih2 lagi tahun depan aku bakal bertukar status dari cik kepada puan..lg rancak la mak aku punya tazkirah..xmuat pkai bju pengantin la..pelamin roboh la...amik gmbr xcantik la..sume benda dia sebut...aduihh mak...iye..nak diet la ni...


xdinafikan mmg sejak blk johor ni bagai di pam2 je..nak buat cmne..duk ngan family..makan sume tersedia depan mata..rezeki xelok ditolak..hihihi..tp skrg aku dah start la mengawal ape2 yang patut..berkorban kjap utk majlis nti,bior la comey ckit naik pelamin..


sebenarnya aku jarang la nk berdiet2 ni..penah dulu kat poly berat aku turun mendadak..xtau la sbb ape..mungkin sbb naik turun tangga or sbb aku bantai megi je kat asrama..aku xpernah duk asrama sebelum ni, so ms kat poly lau roomate aku xde biasanya aku xturun bli makan..mmg megi je selalu aku tibai..lebih2 lagi ms duk ngan nad..dia selalu blk klang..sem1 kat poly, ms bulan puasa aku selalu sgt xbgn sahur dan hanya berbuka dgn megi..bkn sbb xde duit, tp sbb aku xbiasa sgt suasana kat asrama ms tu..kira penah jugak la merasa zaman kekurusan..hee.. =p


skrg aku still suka mkn megi bezanya berat ni xmo turun cm dulu..hikhik..so aku dh kurangkan mkn megi dan mula  menjaga pemakanan..bukan nk kurus sgt pn..sekadar sedap2  mata memandang je..lgpun my fiance kata.. " mcm ni pn abg syg..." hahahahaha.....


* gambar aku ms kat poly dulu...


 sem 3 kat poly..sungguh xsangka ini aku... :)


nak kurus!!!!

Friday, December 24, 2010

zaman dulu2....

td tgh belek2 facebook ternampak la gambar2 lama ni kat page my cousin, comel...nk tergelak pn ade tgk muka aku dulu2...mmg kiut habis..hikhik..kt kampung mmg best..kebanyakan umah kat kg rapat2..n dn selalunya anak2 pn lebih kurang sebaya jd kteorg mmg best pren abis la..ain, ima, comel, ummi, aini, ica, ina..ade je aktiviti kteorg..men belon acah tu permainan wajib..petang2 mmg tu kerja budak2 kat kwsn umah aku..lau rmai ckit dorang ajak men 'rondes' kat kawasan kubur..sbb tu je tempat yang luas n xrisau tingkap umah pecah..hihihi..

dulu2 kteorg mmg rajin ikut org kampung g rewang umah org kawen..best sbb nti dapat duit..n bile majlis dah settle kteorg ramai2 basuh pinggan sama2..tu aktiviti paling seronok sbb last skali ade aktiviti main air..lau basuh pinggan tu xsah kalau baju xbasah..smpai skrg dh besar panjang pn lau ade aktiviti basuh pinggan still main simbah2 air..mmg best sgt..

dulu kat kampung mmg meriah..pantang ada hari2 special cm merdeka or hari raya, mesti ada smbutan..dan selalunya sambutan tu berlangsung kat court badminton depan umah kteorg..jd mmg meriah giler kat kawasan tu...kumpul ramai2..tolong2 hias..sekarang dah jarang..xmacam dulu..kwn2 pn rmai yang dah duk jauh..ade yg smbung belajar, ade yg dh pindah, dah kawen...tapi kenangan dulu2 tu mmg xkan penah luput dr ingatan masing2...itu yang pasti! 


 posing pas balik dr umah org kawen..


amik tender basuh pinggan..best sgt..


tgh wat persiapan sambutan hari raya...


 happening giler.. :)

kt depan umah ain..


 ni masa main belon acah..


sambutan merdeka zaman dulu2.. 


Thursday, December 23, 2010

syukur alhamdulillah....

syukur alhamdulillah..akhirnya dapat jugak aku keje..cari keje kat johor ni mencabar ckit..lau kat KL tu kjap je dah dpt tp kat johor ni peluang untuk dapatkan kerja yg bagus agak terbatas..since aku amik keputusan xnk duk KL  n pulang ke kg halaman byk jgk keje yang aku dpt tp aku plak xberminat..mak kata aku memilih kerja..tp bg aku memilih tu penting sbb byk faktor yg kne difikirkan klau kte nk keje dlm jangka masa yang lama..ade yg aku apply guna degree tp sbb xkonvo lg n ijazah tu pn xdekat tgn  lg so agak susah la...
akhirnya aku cuba nasib guna diploma...

diploma bidang kejuruteraan, degree dlm bidang management..dua bidang yg berbeza tp dua2 aku suka..dan ternyata rezeki aku masih dalam bidang kejuruteraan...bidang yang agak lama ditinggalkan..aku diterima bekerja di Advance Pact Sdn Bhd anak syarikat Pantai sebagai asisstant engineer dan ditempatkan di hospital kota tinggi..jawatan yg mampu buat ibubapa aku tersenyum..dan aku??sgt bersyukur... :)

kembali memegang mesin2 hospital...kembali memegang toolbag,skru, dan kembali menjelajah hospital...rindu betul aku kt bidang biomed ni...n skrg misi aku adalah untuk menyedut semua ilmu, pengalaman dan apa2 sahaja kemahiran sebanyak mungkin untuk bekalan dimasa akan datang..org kata pengalaman tu yg mahal..so aku nk jadikan diri aku semahal mungkin...heee... =p


my new office....

Saturday, December 11, 2010

kenapa perempuan suka merajuk???

 "asyik2 nk merajuk..."


tu la yg org lelaki selalu ckp lau kte org pmpuan ni  merajuk...entri ni sbnrnya aku buat untuk diri aku sendiri..kdg2 susah kte nk bgtau org lelaki knapa kte merajuk..aku rasa ada rasionalnya kenapa perempuan suka merajuk..ye la..ckp kte asyik merajuk je kan..ni aku bgtau kenapa..ikut pandangan aku la kan..



  • SAJE NAK NGADA2..
kdg2 perempuan ni xde la nak merajuk sgt..setakat benda2 kecik tu xjd masalah bg kaum2 hawa ni yg sentiasa ada sikap suka memaafkn.. cume kdg2 dia saje buat2 merajuk dgn harapan yg lelaki ni pujuk..bukan ape..saje nk manja2 kononnya..tp org laki ni xfhm..kte majuk ckit je dia start la putar sana,putar cni supaya last2 nmpk kte plak yg salah..tu yg tension tu..ape la salahnya cube ckp "sori ye..." (dgn nada yg xmenyakitkan hati)..abis cite..cnfirm org perempuan senyum smpai telinga..kteorg mmg suka kene pujuk..hihihi..


  • NAKKAN PERHATIAN
Yang ni cnfirm la sume org tau..perempuan klau merajuk mmg nakkan perhatian..especially yg menjalinkan hbungan jarak jauh..org laki ni dia liat ckit balas msg..3 kte hantar, 1 dia reply n kdg2 xreply langsung..tp bukan bermaksud xsyg cume spesis dorang ni mmg mcm tu..bile tnya nape xreply jwpn dia tertido la, terlupa la, n paling best.. " tgh men game la syg.."  mananya x merajuk..kte ni punya la beria2 send msg, kdg2 tpon xangkat2..ingatkan jd pape la kt sana, punya la risau tp rupenya.....hhhmmm...sabo je la den..

  • TAK DAPAT APE YANG DIHAJATI

actually xsume pempuan mcm ni...tp biasa la dh namanya pn perempuan, ada 9 nafsu..bile dating mata meninjau2 la jugak kedai2 tu..mana la tau ade yg berkenan..dh bg signal baek punya pd si lelaki tp depa buat dek je..sebenarnya dorang bukan xfahm..saje buat2 xfhm sbb malas nak melayan kerenah org pmpuan ni...tu yg jd merajuk..tp xsume pempuan mcm tu tau!! sesetengah je...heee... :)

  • LELAKI TAK PRIHATIN!!

yg ni aku selalu kongsi ngan best friend aku nini..mungkin xsemua kot tp aku rasa byk org laki yg mcm ni..first, org laki mmg jarang ingat hari2 yg penting ni cm hari jadi kte, hari ulangtahun, n mcm2 hari lg la..n 2nd, klau dia ingat pun nti dia ckp "esok birthday syg, nanti kte g dating syg pilih la nk hadiah ape..." (sori nini, sy pinjam ayat mu..hihihi..)tension btul kan??nk merajuk kang mcm ngada2 sgt jd last2 kte majuk dlm hati je la...so, untuk org lelaki, cube la prihatin ckit..dan klau rasa2 nk bg hadiah tu, bg je..xyah la nk suh kte pilih2..kang kte pilih betul2 kang baru dia tau..org perempuan ni senang, bg la ape je, xperlu hadiah cantik2 sgt..mahal2 sgt...dia akan hargai ape saje yg diberi oleh org yg dia syg..dan sekali skala kne la suprise ckit kan3x..baru best... =p

nk ikutkan mmg byk lg sbb musababnya tp yg kt atas ni mmg yg paling utama dan ape yg dpt disimpulkan ialah org perempuan mmg suka sgt2  merajuk..sbb kteorg mmg mcm ni.. so kaum2 adam kne la sabar ckit..lau xnk pujuk pn xpe..buat2 pujuk je..kteorg xkisah..kteorg suka..hikhik..jgn marah ye... =p


Thursday, December 9, 2010

dia cukup tabah....

dia cukup tabah...
dia cukup sabar...

dulu dia seorg yg sgt aktif,periang..
seorg kwn yg berterus terang..
yg agak degil tp ckup menghiburkan..

dia kwn pertama yang aku kenal masa melangkah keluar dr johor..
dpt duk sebilik sem satu...
sama2 dpt masuk poly saat2 akhir..
sama2 suka warna hijau..

masuk sem 5 kat poly, tuhan telah mengujinya..
dia kerap sakit2 kat sendi..
xboleh panas..
mula timbul ruam2..
kulit menggelupas..
rambut gugur..
kteorg ingat sakit biasa je..
selalu gurau2 ngan dia ckp dia opah..
rupanya dia sakit SLE..
sungguh..kteorg xpenah sangka sakit dia agak serius..
kteorg rasa bersalah sgt..

dia yang periang mula jd agak pendiam..
agak sensitif..penah dia tanya kt kteorg kenapa mesti dia yg sakit??
kteorg xtau nk jwb ape..

habis poly masing2 dah jauh..
dia masih sakit..
penah kteorg melawat dia kt hosp..
muka dia pucat sgt..tp dia tetap ketawa smbil tunjuk bekas dia operate..
kteorg sume sedih tgk dia..
tp kteorg ketawa jugak..
betapa tabahnya hatimu teman..

skrg dia dah semakin pulih walaupn xsepenuhnya..
badan dh makin berisi mungkin kesan ubat..
rambut dah makin lebat..
dia ckp dah xde org nk kat dia..
sbb dia sakit..
sbb dia gmuk..
tp dia tau tuhan syg kat dia...
dan kteorg pn syg kat dia..
kdg2 kteorg melawat dia kat umah..
dia selalu pesan doakan dia sembuh..

dan kalau sekarang dia baca blog ni aku nak dia tau aku dan kwn2 lain sentiasa doakan kesihatan dia..kebahagiaan dia.. :)

kami.. :)

my bff 's..




SLE penyakit seribu wajah

Oleh ADHAM SHADAN

SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.


KEBANYAKAN pesakit SLE mula menderitai penyakit itu dengan kemunculan ruam merah pada muka atau tubuh badan.


Erythematosus bererti ruam merah manakala lupus ialah perkataan Latin bagi serigala.

Pada tahun 1851, Dr. Cazenave menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala.

Kemudian, pada tahun 1885, Sir William Osler mengenal pasti bahawa ramai individu yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem badan yang lain. Penyakit tersebut kemudian dinamakan SLE.

Menurut Pakar Perunding Rheumatologi Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussein, penyakit ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.

Jelasnya, penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius. Ia boleh menyerang kulit sahaja dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.

“Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah,” ujarnya.

Berbicara tentang simptom awal, Heselynn menerangkan penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan.

“Itulah sebabnya penyakit ini dinamakan penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-ubah mengikut individu. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi,” ujarnya sambil memberitahu untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).

Ruam


RAMBUT gugur juga merupakan salah satu simptom SLE.


Namun begitu, majoriti pesakit dipercayai mula mendapat penyakit ini dengan kemunculan ruam yang dinamakan malar rash atau butterfly rash yang berbentuk kupu-kupu di muka atau bahagian-bahagian tubuh yang lain termasuk di leher, telinga dan kepala.

Pesakit yang terlewat dikesan penyakit ini berisiko maut apabila antibodi berkenaan sudah terlalu aktif dan terus merosakkan sel atau organ badan tanpa disedari.

Heselynn memberitahu, untuk merawat penyakit ini, doktor akan memberikan ubat yang dapat mengurangkan kekuatan antibodi. Rawatan asas atau wajib ialah pengambilan hydroxychloroquine.

“Memang pesakit biasanya perlu makan banyak ubat, tetapi bukan kesemuanya khusus untuk SLE. Memandangkan SLE menyerang organ, maka ada ubat yang perlu diambil untuk melindungi organ tertentu dan ubat steroid. Itu sebabnya ada yang perlu makan banyak ubat,” jelasnya.

Heselynn menegaskan penyakit ini tidak boleh disembuhkan dan ia hanya boleh dikawal. Ubat perlu diambil secara berterusan.

“Pesakit perlu makan ubat seperti yang disarankan doktor. Sebarang perubahan bilangan ubat akan ditentukan oleh doktor. Jangan buat keputusan sendiri untuk berhenti atau mengurangkan bilangan ubat apabila rasa sudah baik sedikit. Pesakit digalakkan menjalani hidup normal seperti biasa,” katanya.

Kebanyakan penghidap SLE berada dalam lingkungan umur di antara 15 tahun hingga 50 tahun. Penyakit ini bagaimanapun boleh menyerang tatkala pesakit mencapai usia akil baligh. Lebih kurang 90 peratus penghidap SLE ialah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan hormon estrogen.


HESELYNN


Seorang lagi pesakit, Hazwani Amzan, 21, menghidap SLE sejak berusia 11 tahun. Cerita Hazwani, pada masa itu, dia perlu tinggal di hospital selama sebulan sehingga doktor benar-benar dapat mengesahkan yang dia menghidap SLE.

“Sehingga hari ini, saya masih mengambil ubat seperti yang disyorkan. Mesti makan ubat setiap hari,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pesakit lelaki, Mohd. Izwan Affendy Abdul Latiff, 23, memberitahu, dia mendapat SLE tidak lama selepas menduduki SPM. Dia berkata, simptom yang dialaminya ialah seluruh tubuh termasuk matanya menjadi kekuningan seperti kehilangan banyak darah merah.

“Doktor pun pelik sebab jarang lelaki dapat SLE,” ujarnya.


- KOSMO-

Wednesday, December 8, 2010

kangen bangat sama member2 celcom...

tetiba malam ni teringat kat budak2 celcom...dah lebih 2 bulan aku xjumpa dorang sejak berhenti aritu..mungkin xramai dah yang tinggal skrg sbb kebanyakannya xsambung kontrak mcm aku...aku dengar budak2 yang ada skrg sume tgh kursus..hihi..numa, fitri, ewd, batis, aun, ct..korang still kat celcom lg kan?dah tukar department ke??xkan asyik nak jwb prepaid je kot.. =p

lau teringat ms keje celcom dulu seronok jugak..asyik mengulor je keje kte..dengan aku punya ACW xpenah putih, memanjang merah...hikhik...korang mesti jg performance kn skrg..tiap2 bulan ke dpt full KPI??aku rasa fitri still n numa still terlebih aux smpai skrg...rindu r nk lepak2 ngan korang kat tingkat 5..mengumpat kat pulau tikus...ade lg ke aktiviti tersebut??msti dh bertambah kan ahli korang..kikiki.... :)

aku belek2 gambar, memanjang muka ko fitri..so aku letak la kt cni biar saham ko naik..jgn marah ye....


cehh..berlakon je dorang ni...

aku rindu ko la fit3!!

aina, fitri, ewd... :)

geng aux kt tingkat 5... :)

ngulor2...

sempat lak baca novel si ct ni..

ni time training..

tetiba je budak baju biru tu..

yg belakang tu tgn bob!

geng 3suku...

adek, hari, numa..


cakk!!!!

Tuesday, December 7, 2010

my engagement day... :)

20.10.2010..hari bersejarah dlm hidup aku di mana aku dan dia melangkah ke satu lg fasa sebelum kami diijabkabulkan..majlis pertunangan aku berjalan dengan lancar diiringi hujan rahmat pada petang sabtu tersebut... :)

Alhamdullillah...perkenalan yang baru menjangkau setahun dikuatkan lagi dengan ikatan ini..seminggu sebelum majlis, kwn baik aku rini tiba2 tanya.. ' mot..mu penah x rasa ragu2 bila amik keputusan nk tunang?' dan sejujur2nya jawapan yang aku bg ms tu mmg ikhlas dari hati.. 'sy xpenah se yakin ini nini...' hihihi..hazalee hassan yang aku kenal ckup ringkas, tak memilih, agak tegas dan sensitif tapi sgt memahami...walaupn ade kekurangan tp tu kan lumrah manusia..

jarak umur kami yang agak jauh mungkin antara faktor yg membuatkan kteorg serasi..walaupn kadang2 sikap kebudak-budakkan aku membuatkan dia sedikit rimas tp dia matang melayan kerenah aku..sesungguhnya aku mmg byk kerenah!!!hikhik... :)

hari bahagia aku ckup lengkap dgn kehadiran keluarga dan teman2 rapat..seronok bile tgk kwn2 baik aku ms kcik, time skola, n ms kat poly dpt berkumpul sama2..hope ms majlis besar nti member2 KLMU dpt dtg..mesti lg happening..n terima kasih byk2 untuk nini n gagai yang tolong basuh pinggan yang melambak kat dapur tu smpai tgh malam..nti korang nyer turn aku tolong pulak ye... =p



bincang ape2 yg patut...

sesi sarung cincin..

sempat jgk si gagai ni menyelit...

kami.. :)

my engagement ring.. :)

thanks to my best friend ima yg sudi jd mak andam terjun..

hantaran untuk pihak lelaki..

hantaran untu pihak perempuan..

we engaged!! :)

bersama teman-teman rapat..

kwn2 skola...

with my family..

nini n gagai... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...