Thursday, December 9, 2010

dia cukup tabah....

dia cukup tabah...
dia cukup sabar...

dulu dia seorg yg sgt aktif,periang..
seorg kwn yg berterus terang..
yg agak degil tp ckup menghiburkan..

dia kwn pertama yang aku kenal masa melangkah keluar dr johor..
dpt duk sebilik sem satu...
sama2 dpt masuk poly saat2 akhir..
sama2 suka warna hijau..

masuk sem 5 kat poly, tuhan telah mengujinya..
dia kerap sakit2 kat sendi..
xboleh panas..
mula timbul ruam2..
kulit menggelupas..
rambut gugur..
kteorg ingat sakit biasa je..
selalu gurau2 ngan dia ckp dia opah..
rupanya dia sakit SLE..
sungguh..kteorg xpenah sangka sakit dia agak serius..
kteorg rasa bersalah sgt..

dia yang periang mula jd agak pendiam..
agak sensitif..penah dia tanya kt kteorg kenapa mesti dia yg sakit??
kteorg xtau nk jwb ape..

habis poly masing2 dah jauh..
dia masih sakit..
penah kteorg melawat dia kt hosp..
muka dia pucat sgt..tp dia tetap ketawa smbil tunjuk bekas dia operate..
kteorg sume sedih tgk dia..
tp kteorg ketawa jugak..
betapa tabahnya hatimu teman..

skrg dia dah semakin pulih walaupn xsepenuhnya..
badan dh makin berisi mungkin kesan ubat..
rambut dah makin lebat..
dia ckp dah xde org nk kat dia..
sbb dia sakit..
sbb dia gmuk..
tp dia tau tuhan syg kat dia...
dan kteorg pn syg kat dia..
kdg2 kteorg melawat dia kat umah..
dia selalu pesan doakan dia sembuh..

dan kalau sekarang dia baca blog ni aku nak dia tau aku dan kwn2 lain sentiasa doakan kesihatan dia..kebahagiaan dia.. :)

kami.. :)

my bff 's..




SLE penyakit seribu wajah

Oleh ADHAM SHADAN

SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.


KEBANYAKAN pesakit SLE mula menderitai penyakit itu dengan kemunculan ruam merah pada muka atau tubuh badan.


Erythematosus bererti ruam merah manakala lupus ialah perkataan Latin bagi serigala.

Pada tahun 1851, Dr. Cazenave menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala.

Kemudian, pada tahun 1885, Sir William Osler mengenal pasti bahawa ramai individu yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem badan yang lain. Penyakit tersebut kemudian dinamakan SLE.

Menurut Pakar Perunding Rheumatologi Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussein, penyakit ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.

Jelasnya, penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius. Ia boleh menyerang kulit sahaja dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.

“Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah,” ujarnya.

Berbicara tentang simptom awal, Heselynn menerangkan penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan.

“Itulah sebabnya penyakit ini dinamakan penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-ubah mengikut individu. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi,” ujarnya sambil memberitahu untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).

Ruam


RAMBUT gugur juga merupakan salah satu simptom SLE.


Namun begitu, majoriti pesakit dipercayai mula mendapat penyakit ini dengan kemunculan ruam yang dinamakan malar rash atau butterfly rash yang berbentuk kupu-kupu di muka atau bahagian-bahagian tubuh yang lain termasuk di leher, telinga dan kepala.

Pesakit yang terlewat dikesan penyakit ini berisiko maut apabila antibodi berkenaan sudah terlalu aktif dan terus merosakkan sel atau organ badan tanpa disedari.

Heselynn memberitahu, untuk merawat penyakit ini, doktor akan memberikan ubat yang dapat mengurangkan kekuatan antibodi. Rawatan asas atau wajib ialah pengambilan hydroxychloroquine.

“Memang pesakit biasanya perlu makan banyak ubat, tetapi bukan kesemuanya khusus untuk SLE. Memandangkan SLE menyerang organ, maka ada ubat yang perlu diambil untuk melindungi organ tertentu dan ubat steroid. Itu sebabnya ada yang perlu makan banyak ubat,” jelasnya.

Heselynn menegaskan penyakit ini tidak boleh disembuhkan dan ia hanya boleh dikawal. Ubat perlu diambil secara berterusan.

“Pesakit perlu makan ubat seperti yang disarankan doktor. Sebarang perubahan bilangan ubat akan ditentukan oleh doktor. Jangan buat keputusan sendiri untuk berhenti atau mengurangkan bilangan ubat apabila rasa sudah baik sedikit. Pesakit digalakkan menjalani hidup normal seperti biasa,” katanya.

Kebanyakan penghidap SLE berada dalam lingkungan umur di antara 15 tahun hingga 50 tahun. Penyakit ini bagaimanapun boleh menyerang tatkala pesakit mencapai usia akil baligh. Lebih kurang 90 peratus penghidap SLE ialah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan hormon estrogen.


HESELYNN


Seorang lagi pesakit, Hazwani Amzan, 21, menghidap SLE sejak berusia 11 tahun. Cerita Hazwani, pada masa itu, dia perlu tinggal di hospital selama sebulan sehingga doktor benar-benar dapat mengesahkan yang dia menghidap SLE.

“Sehingga hari ini, saya masih mengambil ubat seperti yang disyorkan. Mesti makan ubat setiap hari,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pesakit lelaki, Mohd. Izwan Affendy Abdul Latiff, 23, memberitahu, dia mendapat SLE tidak lama selepas menduduki SPM. Dia berkata, simptom yang dialaminya ialah seluruh tubuh termasuk matanya menjadi kekuningan seperti kehilangan banyak darah merah.

“Doktor pun pelik sebab jarang lelaki dapat SLE,” ujarnya.


- KOSMO-

6 comments:

rini said...

oit..wat sy sedih..

gm0t comot said...

mu mmg penyedih kan nini... :)

penyu gemok said...

aku sayang ko mot!

gm0t comot said...

aku tau ko syg aku nad..hihihi.. :)

Zue haIRAh... said...

lebiu nad..dah lame x jmp nad

gm0t comot said...

dah lama jgk xjumpa ko gagai...

Post a Comment

comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...