Monday, February 7, 2011
CNY Part 1: Broga Hill
Monday, January 3, 2011
ragam masa sekolah!
ms skola dulu best pren aku yg paling rapat z & ecah...n penah jugak berkawan rapat dgn arwah farah, dina, suzie..aku kwn ngan z sejak skola rendah lg n start rapat ngan ecah ms skola menengah n Alhamdulillah smpai skrg keakraban tu masih dirasa walaupn masing2 dah lama xjumpa...teringat dulu ms skola dulu aku bebal ckit bahasa om putih ni, so slalunya z yang akan translate utk aku kdg2 ms exam BI pn dia translate dgn jwpn2 skali..boleh dikatakan antara sbb aku fhm bhasa inggeris skrg adalah dia..hikhik..n satu lg episod yg aku paling suka adalah time form 4&5..nek form 4 aku dh start bwk motor g skola..ade la geng2 rempit ms tu..xde la rempit sgt kan, cume best nek mtr rmai2 g kelas tuisyen cikgu ijan utk subjek kimia n bio..
group tuisyen aku ms tu ada z, ecah, dd, yo, kcik,n lau xsilap ade azhari n paan..kteorg pn agak rapat sbb 2tahun blajar tuisyen sama2..klas slalu mlm jumaat kul 8-10 mlm..n setiap jumaat kteorg akan berebut2 balik sbb nk tgk american idol mlm tu...teringin nk bertekak dgn yo lg time cikgu bg jawapan..heee...serius, rindu sgt nak g tuisyen klas cikgu ijan..sgt berterima kasih kpd cikgu ijan yang xjemu mengajar sy hingga berjaya sy mendapat 3B utk subjek kimia n 4B untuk bio...walaupun bukan A tp ckup utk sy berasa sgt bangga dan puas... jasa cikgu mmg xterbalas... :)
Sunday, January 2, 2011
welcome 2011...
(*puyuh hijau adalah sebuah kereta)
Tuesday, December 28, 2010
aku yang semakin mengembang...
xdinafikan mmg sejak blk johor ni bagai di pam2 je..nak buat cmne..duk ngan family..makan sume tersedia depan mata..rezeki xelok ditolak..hihihi..tp skrg aku dah start la mengawal ape2 yang patut..berkorban kjap utk majlis nti,bior la comey ckit naik pelamin..
sebenarnya aku jarang la nk berdiet2 ni..penah dulu kat poly berat aku turun mendadak..xtau la sbb ape..mungkin sbb naik turun tangga or sbb aku bantai megi je kat asrama..aku xpernah duk asrama sebelum ni, so ms kat poly lau roomate aku xde biasanya aku xturun bli makan..mmg megi je selalu aku tibai..lebih2 lagi ms duk ngan nad..dia selalu blk klang..sem1 kat poly, ms bulan puasa aku selalu sgt xbgn sahur dan hanya berbuka dgn megi..bkn sbb xde duit, tp sbb aku xbiasa sgt suasana kat asrama ms tu..kira penah jugak la merasa zaman kekurusan..hee.. =p
skrg aku still suka mkn megi bezanya berat ni xmo turun cm dulu..hikhik..so aku dh kurangkan mkn megi dan mula menjaga pemakanan..bukan nk kurus sgt pn..sekadar sedap2 mata memandang je..lgpun my fiance kata.. " mcm ni pn abg syg..." hahahahaha.....
* gambar aku ms kat poly dulu...
Friday, December 24, 2010
zaman dulu2....
Thursday, December 23, 2010
syukur alhamdulillah....
Saturday, December 11, 2010
kenapa perempuan suka merajuk???
tu la yg org lelaki selalu ckp lau kte org pmpuan ni merajuk...entri ni sbnrnya aku buat untuk diri aku sendiri..kdg2 susah kte nk bgtau org lelaki knapa kte merajuk..aku rasa ada rasionalnya kenapa perempuan suka merajuk..ye la..ckp kte asyik merajuk je kan..ni aku bgtau kenapa..ikut pandangan aku la kan..
- SAJE NAK NGADA2..
kdg2 perempuan ni xde la nak merajuk sgt..setakat benda2 kecik tu xjd masalah bg kaum2 hawa ni yg sentiasa ada sikap suka memaafkn.. cume kdg2 dia saje buat2 merajuk dgn harapan yg lelaki ni pujuk..bukan ape..saje nk manja2 kononnya..tp org laki ni xfhm..kte majuk ckit je dia start la putar sana,putar cni supaya last2 nmpk kte plak yg salah..tu yg tension tu..ape la salahnya cube ckp "sori ye..." (dgn nada yg xmenyakitkan hati)..abis cite..cnfirm org perempuan senyum smpai telinga..kteorg mmg suka kene pujuk..hihihi..
- NAKKAN PERHATIAN
Yang ni cnfirm la sume org tau..perempuan klau merajuk mmg nakkan perhatian..especially yg menjalinkan hbungan jarak jauh..org laki ni dia liat ckit balas msg..3 kte hantar, 1 dia reply n kdg2 xreply langsung..tp bukan bermaksud xsyg cume spesis dorang ni mmg mcm tu..bile tnya nape xreply jwpn dia tertido la, terlupa la, n paling best.. " tgh men game la syg.." mananya x merajuk..kte ni punya la beria2 send msg, kdg2 tpon xangkat2..ingatkan jd pape la kt sana, punya la risau tp rupenya.....hhhmmm...sabo je la den..
- TAK DAPAT APE YANG DIHAJATI
actually xsume pempuan mcm ni...tp biasa la dh namanya pn perempuan, ada 9 nafsu..bile dating mata meninjau2 la jugak kedai2 tu..mana la tau ade yg berkenan..dh bg signal baek punya pd si lelaki tp depa buat dek je..sebenarnya dorang bukan xfahm..saje buat2 xfhm sbb malas nak melayan kerenah org pmpuan ni...tu yg jd merajuk..tp xsume pempuan mcm tu tau!! sesetengah je...heee... :)
- LELAKI TAK PRIHATIN!!
yg ni aku selalu kongsi ngan best friend aku nini..mungkin xsemua kot tp aku rasa byk org laki yg mcm ni..first, org laki mmg jarang ingat hari2 yg penting ni cm hari jadi kte, hari ulangtahun, n mcm2 hari lg la..n 2nd, klau dia ingat pun nti dia ckp "esok birthday syg, nanti kte g dating syg pilih la nk hadiah ape..." (sori nini, sy pinjam ayat mu..hihihi..)tension btul kan??nk merajuk kang mcm ngada2 sgt jd last2 kte majuk dlm hati je la...so, untuk org lelaki, cube la prihatin ckit..dan klau rasa2 nk bg hadiah tu, bg je..xyah la nk suh kte pilih2..kang kte pilih betul2 kang baru dia tau..org perempuan ni senang, bg la ape je, xperlu hadiah cantik2 sgt..mahal2 sgt...dia akan hargai ape saje yg diberi oleh org yg dia syg..dan sekali skala kne la suprise ckit kan3x..baru best... =p
nk ikutkan mmg byk lg sbb musababnya tp yg kt atas ni mmg yg paling utama dan ape yg dpt disimpulkan ialah org perempuan mmg suka sgt2 merajuk..sbb kteorg mmg mcm ni.. so kaum2 adam kne la sabar ckit..lau xnk pujuk pn xpe..buat2 pujuk je..kteorg xkisah..kteorg suka..hikhik..jgn marah ye... =p
Thursday, December 9, 2010
dia cukup tabah....

SLE penyakit seribu wajah
Oleh ADHAM SHADAN
SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.
![]() |
KEBANYAKAN pesakit SLE mula menderitai penyakit itu dengan kemunculan ruam merah pada muka atau tubuh badan. |
Erythematosus bererti ruam merah manakala lupus ialah perkataan Latin bagi serigala.
Pada tahun 1851, Dr. Cazenave menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala.
Kemudian, pada tahun 1885, Sir William Osler mengenal pasti bahawa ramai individu yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem badan yang lain. Penyakit tersebut kemudian dinamakan SLE.
Menurut Pakar Perunding Rheumatologi Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussein, penyakit ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.
Jelasnya, penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius. Ia boleh menyerang kulit sahaja dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.
“Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah,” ujarnya.
Berbicara tentang simptom awal, Heselynn menerangkan penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan.
“Itulah sebabnya penyakit ini dinamakan penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-ubah mengikut individu. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi,” ujarnya sambil memberitahu untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).
Ruam

Namun begitu, majoriti pesakit dipercayai mula mendapat penyakit ini dengan kemunculan ruam yang dinamakan malar rash atau butterfly rash yang berbentuk kupu-kupu di muka atau bahagian-bahagian tubuh yang lain termasuk di leher, telinga dan kepala.
Pesakit yang terlewat dikesan penyakit ini berisiko maut apabila antibodi berkenaan sudah terlalu aktif dan terus merosakkan sel atau organ badan tanpa disedari.
Heselynn memberitahu, untuk merawat penyakit ini, doktor akan memberikan ubat yang dapat mengurangkan kekuatan antibodi. Rawatan asas atau wajib ialah pengambilan hydroxychloroquine.
“Memang pesakit biasanya perlu makan banyak ubat, tetapi bukan kesemuanya khusus untuk SLE. Memandangkan SLE menyerang organ, maka ada ubat yang perlu diambil untuk melindungi organ tertentu dan ubat steroid. Itu sebabnya ada yang perlu makan banyak ubat,” jelasnya.
Heselynn menegaskan penyakit ini tidak boleh disembuhkan dan ia hanya boleh dikawal. Ubat perlu diambil secara berterusan.
“Pesakit perlu makan ubat seperti yang disarankan doktor. Sebarang perubahan bilangan ubat akan ditentukan oleh doktor. Jangan buat keputusan sendiri untuk berhenti atau mengurangkan bilangan ubat apabila rasa sudah baik sedikit. Pesakit digalakkan menjalani hidup normal seperti biasa,” katanya.
Kebanyakan penghidap SLE berada dalam lingkungan umur di antara 15 tahun hingga 50 tahun. Penyakit ini bagaimanapun boleh menyerang tatkala pesakit mencapai usia akil baligh. Lebih kurang 90 peratus penghidap SLE ialah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan hormon estrogen.
![]() |
HESELYNN |
Seorang lagi pesakit, Hazwani Amzan, 21, menghidap SLE sejak berusia 11 tahun. Cerita Hazwani, pada masa itu, dia perlu tinggal di hospital selama sebulan sehingga doktor benar-benar dapat mengesahkan yang dia menghidap SLE.
“Sehingga hari ini, saya masih mengambil ubat seperti yang disyorkan. Mesti makan ubat setiap hari,” ujarnya.
Sementara itu, seorang pesakit lelaki, Mohd. Izwan Affendy Abdul Latiff, 23, memberitahu, dia mendapat SLE tidak lama selepas menduduki SPM. Dia berkata, simptom yang dialaminya ialah seluruh tubuh termasuk matanya menjadi kekuningan seperti kehilangan banyak darah merah.
“Doktor pun pelik sebab jarang lelaki dapat SLE,” ujarnya.



















